Saturday 7 December 2013

Pengusaha Bahulu Cermai

i) Nama Produk Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai. Berikut merupakan contoh bahan yang dihasilkan oleh pengusaha ini.
ii) Kategori Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional iaitu Bahulu.
iii) Nama Pengusaha Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 2007 sehingga sekarang.Puan Hjh. Khatijah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional bahulu ini.
iv) Lokasi Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 200, Felcra Bukit Kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Labis . Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar bandar.Di bawah ialah lakaran peta ke lokasi tempat kajian.
B. Latar Belakang i) Sejarah Kewujudan Pada mulanya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha sebagai aktiviti pada masa lapang dan dibuat di belakang rumah. Perusahaan ini dilakukan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak. Bahulu yang dikeluarkan dalam skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung. Selepas itu,dalam beberapa jangka masa , sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di merata tempat.
ii) Punca dan Jumlah Modal Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Muar pada tahun 2007. Beliau juga menerima bantuan barang seperti ketuhar, meja dan juga bangunan untuk menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM 30,000
iii) Pendaftaran Perniagaan Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris telah memulakan perniagaan ini pada 25 Januari 2011. Perusahaan ini dijalankan di alamat No 200, Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis. Nombor pendaftaran beliau ialah XXXXX.
iv) Tujuan / Kepentingan Produk Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa kawasan di sekitar daerah Muar dan juga beberapa pasar raya di bandar Segamat seperti di Pasaraya KipMart dan Nirwana. Beliau juga menjual produk beliau di Hospital Segamat. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau di kedai-kedai runcit di Felcra Bukit Kepong dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60 hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan.

C. Kaedah / Cara Penghasilan
i. Tenaga Pekerja
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama suaminya iaitu Encik Mohd Muharam bun Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja yang lain. Biasanya mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan produk mereka.
ii) Senarai Bahan Yang Digunakan Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk satu adunan :
Gula - 2 kilo setengah
Tepung - 2 kilo setengah
Ising – 1 camca
Telur – 54 biji
Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven
iii) Senarai Peralatan Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
1.Pemanas tepung
2.Mesin pemukul telur
3.Acuan bahulu
4.Ketuhar
iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit. Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak.
D. Perkembangan Produk
i) Kemajuan yang Dicapai
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar produk beliau di kedai runcit di Felcra Bukit Kepong sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga dihantar di merata tempat seperti di kawasan Muar dan Segamat dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Segamat dan Muar. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau.
ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut.
iii) Potensi Produk Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perkahwinan.
iv) Perancangan Masa Hadapan Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad Muharam bin Sujak, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli.

Popular Posts

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys