Otai Burger

Di Sebalik Kejayaan Otai Burger

NUR Azman Makmur, 30, kelihatan seperti seorang yang pendiam serta merendah diri. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Otai G10 yang mengendalikan perniagaan gerai burger ini berasal dari Hutan Melintang, Perak.
Dia telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Namun sisi gelap hidupnya dahulu sebagai ketua geng mat rempit di Kuala Lumpur masih segar dalam ingatannya.

"Andainya putaran masa itu dapat dikembalikan, saya akan lebih menghargai hidup. Apa gunanya hidup bergelumang dengan dosa dan noda," katanya sedih.

Semasa hebat merempit dahulu, Azman mempunyai kira-kira 1,000 pengikut. Aksi wheelie, mencuri, wanita dan bergaduh menjadi mainannya saban malam.

"Semuanya bermula di kampung halaman saya di Hutan Melintang, Perak. Mulanya saya berlumba bersama rakan sekolah menggunakan basikal BMX.

"Saya berlumba bersama rakan-rakan dan mula berjinak dengan aktiviti perjudian.

"Saya bertaruh dengan rakan-rakan bermula dengan wang pertaruhan 50 sen sehingga mencecah ratusan ringgit.

"Malah saya mencuri basikal BMX milik rakan-rakan Cina bagi mencari bahagian basikal seperti tayar, roda dan pemegang.

"Jika tidak puas hati, kami bergaduh. Menang atau kalah belakang kira," ujarnya.

Azman lebih terdedah dengan dunia mat motor (kini dikenali mat rempit) kerana bapa saudaranya, Din Majid, merupakan seorang mat rempit.

"Siapa tidak kenal dengan Din Majid. Di Jambatan Batu Lima (Teluk Intan - kawasan lumba haram) saya sering melihat dia menjuarai lumba haram," katanya.

Azman kemudian menyambung pelajaran dengan mengambil kursus membaiki kenderaan di sebuah sekolah menengah teknik di ibu kota.

Sebaik sahaja tamat persekolahan, dia bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Batu Caves, Selangor sehinggalah mampu memiliki motosikal RXZ sendiri.

"Saya teruja untuk menjadikan motosikal lebih laju dan mula terlibat dengan kegiatan lumba haram.

"Jika tiada duit, saya curi minyak motosikal dan kereta dengan menyedut menggunakan paip kecil.

"Malah curi part (bahagian) motosikal perkara biasa. Kadang-kadang saya curi motor untuk mengambil bahagian tertentu terutama enjin untuk menjadikan motosikal RXZ saya lebih laju.

"Aksi terbang perkara wajib. Tengok, gigi saya pun dah rongak kerana selalu sangat 'cium' jalan dan luka sampai kulit paha digunakan untuk tampal bahagian kaki yang luka," katanya sambil menunjukkan bekas parut di kaki serta badannya.

Kebiasaannya Azman akan berlumba di Lebuh Raya Karak, Jalan Wahyu, Kepong, Jalan Parlimen, Semantan, Subang, Damansara, Jalan Travers dan Menara Dayabumi.

Kumpulannya akan bertaruh siapa yang menang perlumbaan akan mendapat RM500 dan sekiranya kalah perlumbaan boleh diulangi semula hingga mencecah RM5,000.

"Jika tidak puas hati lagi, tawar motosikal sendiri. Jika tipu dan cuba lari, motosikal akan dibakar.

"Mat rempit biasanya berdarah panas dan pantang dicabar. Jika kita jarang kalah dalam perlumbaan, kita akan mempunyai ramai pengikut.

"Semasa berlumba, kepuasan menjadi keutamaan. Memulas tombol minyak ketika memecut dan melihat orang lain ketinggalan menjadi keutamaan.

"Hidup mahupun mati bukan soal utama kerana kalau kita menang bertaruh, kita boleh mendapat RM5,000.

"Pada satu ketika saya rasa seperti menjadi Raja Mat Rempit Kuala Lumpur dan tidak boleh dikalahkan. Menang sahaja saya bergaduh dan hisap ganja."

Tewas di 'corner kambing'

Azman mengakui dia sangat sukar ditahan pihak berkuasa. Namun peristiwa pada Jun 1998 masih segar dalam ingatannya.

"Ketika itu kawasan perkelahan Ulu Yam menjadi 'port' popular mat rempit berlumba.

"Selekoh paling terkenal ialah 'corner kambing'. Saya ditahan pihak polis ketika melalui kawasan itu.

"Laluan menuju ke 'corner kambing' di Ulu Yam ditutup dengan dua buah lori. Saya dikejar polis dan kemudian keluar empat orang polis yang berpakaian biasa.

"Saya cuba melepaskan diri tetapi dipukul pada bahagian belakang menyebabkan saya terjatuh. Anggota polis itu terus menggari saya," katanya.

Azman kemudian ditahan di lokap polis di Rawang sebelum dijamin keluar dengan wang jaminan sebanyak RM2,000. Pengalaman tidur lokap itu melembutkan hatinya.

Tidak lama selepas itu dia menubuhkan kumpulan mat motor Team Shell kerana anggota kumpulan itu selalu melepak di stesen minyak Shell Taman Bidara di Selayang, Selangor.

Namun kini ia dikenali sebagai Republic of Team Shell (ROTS) dan aktiviti kelab itu tertumpu kepada aktiviti kemasyarakatan.

Keinsafan mula terbit dalam diri Azman terutama apabila mengenangkan apa yang telah dilaluinya.

"Saya memangku sendiri kepala rakan saya yang berlumuran darah semasa kami membuat konvoi ke Teluk Batik, Perak.

"Rakan saya itu menunggang pada kelajuan 240 kilometer sejam. Ketika melalui selekoh tajam, dia berlanggar dengan sebatang tiang elektrik.

"Itulah kali pertama saya menangis. Malu ketua mat rempit menangis tetapi itulah hakikatnya.

"Sepatutnya saya yang mati kerana mendahului semasa berlumba dengannya tetapi kerana terlalu laju, penutup kepala helmet saya terangkat membolehkan dia memotong.

"Selain itu, pengalaman bapa saudara yang dibuang daerah, ibu saya yang sakit teruk dan keinginan diri sendiri untuk berubah sebelum berkahwin menjadi antara punca saya tidak sanggup meneruskan kehidupan sebagai mat rempit," katanya.

Selepas berhenti bekerja dibengkel, Azman membuka sebuah kedai burger di Metro Prima, Kepong, Selangor.

Kini beliau memiliki lima cawangan gerai burger di sekitar Lembah Klang yang bernaung di bawah syarikat Otai G10.

Biodata Pengasas

Nama : SUHAIMI ABAS
Umur : 40 tahun
Tempat Lahir : Pantai Remis, Manjung, Perak
Adik Beradik : 10 orang (Anak Pertama)
Kelulusan : SPM
Pengalaman : Bekerja 3 tahun, Berniaga 20 tahun
Jawatan : Group CEO Kumpulan Syarikat OTAi

Suhaimi Abas dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Remis, Perak. Ketika berumur 17 tahun selepas menduduki peperiksaan SPM, beliau telah berhijrah ke Chow Kit Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudara beliau berniaga.

Tiga tahun kemudian, beliau telah memulakan perniagaan bersama seorang kawan, tetapi dua tahun selepas itu, perniagaan tersebut mengalami kegagalan.

Beliau telah memulakan satu perniagaan baru dengan menjual burger. Beberapa tahun kemudian, beliau telah menubuhkan 'OTAi'.

Otai yang membawa maksud 'Organisasi Tempat Ambil Ilmu' diaplikasikan dari pengalaman beliau selama 20 tahun dalam dunia perniagaan burger. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar kaedah dan teknik yang betul tentang perniagaan burger yang telah terbukti keberkesanannya.

Otai Franchise Sdn Bhd telah dibangunkan oleh beliau sebagai "Pusat Setempat" yang menyediakan semua keperluan perniagaan burger di bawah satu bumbung yang merangkumi:

1. PUSAT LATIHAN USAHAWAN OTAi

2. MEMBUAT DAN MEMBEKAL KIOSK SERTA PERALATAN MEMASAK BURGER

3. MEMBEKAL DAN MENGEDAR BARANGAN BURGER

4. MENGURUSKAN LOKASI SERTA LESEN PERNIAGAAN BURGER

5. PENGURUSAN MODAL PERNIAGAAN (MARA, TEKUN, PNS, PUNB, DAN SME BANK)

6. KAWALAN MUTU DAN SERVIS BERTERUSAN

Kelebihan Syarikat Otai Burger


Modal francais makanan yang terendah diantara francais-francais di Malaysia. 
Jenama yang terus unggul dan telah berada di pasaran melebihi 150 lokasi kiosk semi statik yang sedia ada. Sokongan pelanggan yang berterusan. Aliran tunai yang mudah dan 100% menguntungkan. Mempunyai resipi yang tersendiri di dalam setiap kandungan produk OTAi. Francais makanan segera yang berpotensi tanpa dipengaruhi oleh masalah ekonomi global.

Sokongan Kami Sebagai Pemberi Francais


A) Sebelum Operasi
Kelulusan pemilihan lokasi perniagaan.
Latihan dan sokongan sebelum membuka perniagaan.
Membantu pemegang francais pada permulaan membuka perniagaan.

B) Semasa Operasi
Memberi khidmat nasihat yang berterusan.
Lawatan berkala dalam tempoh francais.
Menjalankan aktiviti iklan dan promosi menggunakan jenama OTAi seperti yang tertera dalam perjanjian.
Membekalkan keseluruhan barang keperluan francais.
Latihan yang berterusan.
Perjumpaan bulanan bersama francaisi-francaisi 'OTAi' yang lain.


Popular Posts

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys