TRAVELING MADE CHEAPER
is always the main motto of MALAYSIA RESORTS in providing our travel services. To achieve our motto, we always try our best to provide the best advices and the best arrangement to our valued customers to minimize the expenses and time. Besides that, our motto is also a promise to our lovely travelers travel in the cheapest way and convenience way.
PROFESSIONAL ONLINE TRAVEL SERVICE PROVIDER
Our travel agents are all well-trained to assist the customers. We are always there to give the best advices, guidance and willing to share our traveling knowledge in order to achieve our motto - "Traveling Made Cheaper". We always try our best in providing the best of our services and minimize the level of disappointment for a tourist in any trip arrangements. Besides that, we always give prompt replies and respond quickly to any inquiries and bookings made. We will try our utmost best to fulfill the requests of tourists and give them the best vacation they ever had.
HOTEL, RESORTS & TRAVEL AGENCIES
MALAYSIA RESORTS are working in full cooperation with almost all the hotels, resorts and local operators respectively, which offer us the advantage to become the most popular online tour operator in Malaysia. We are also expert in providing travel services to any Islands in East or West of Malaysia, including Redang Island, Perhentian Island, Tioman Island, Sipadan Mabul Island, Kapalai Island and more. We are also cooperated with various outbound travel agencies in Malaysia in order to achieve our target as one-stop online travel service provider which provides the tours to all around the world.
PRIVATE & CONFIDENTIAL POLICY
MALAYSIA RESORTS protects customer's information very seriously. Malaysia Resorts has standard confidentiality procedures in place throughout the agency to ensure protection and security of customer’s data. We make sure the customer's personal information is not disclosed to any unauthorized person.
TRANSPORTATION AGENCIES
MALAYSIA RESORTS cooperates with a numbers of local transportation service provider including express bus companies to ensure our valued customers can arrive their destinations on time. To make sure the customers are all safe and sounds, all the agencies are well-selected and professional in providing their transportation services
Tuesday, 24 December 2013
Monday, 23 December 2013
Business Card
Sunday, 22 December 2013
Multimedia Development Corporation (MDEC) Malaysia
- Membentuk persekitaran canggih yang bertaraf dunia
- Menarik dan memajukan syarikat antarabangsa berteknologi canggih
- Membantu pemindahan pengetahuan dan penghasilan pendapatan
- Membangunkan organisasi berprestasi dan mempunyai nilai yang tinggi
Yusuf Taiyoob Raja Kurma
“Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia... berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Asal nak bulan puasa, iklan mengenai kurmanya amat kerap berkumandang di mana-mana media. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..”
Usahawan Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 53, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 21 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga,” kata Datuk Yusuf Taiyoob.
Datuk Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 52 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
“Ini adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik. Ini menyebabkan Datuk Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.
Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Datuk Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Prinsip utama dalam hidup Datuk Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan,” kata Datuk Yusuf.
“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Tibanya menjelang Ramadan beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.
Yang penting, menurut Datuk Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan,” katanya lagi.
Keluarga adalah segala-galanya bagi Datuk Yusuf Taiyoob. Kelihatan Waseem, 10, Safina, 4, isteri Datin Yusnita Ramli dan Safiya, 7, iaitu nama tiga jenis kurma yang mengambil sempena nama anak-anaknya.
P/S: Kisah Datuk Yusuf Taiyoob nie memperlihatkan yang kejayaan akan datang hasil pengalaman daripada kegagalan.
INFO
> Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988).
>Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.
> Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
INFO KURMA
> Nama saintifik kurma ialah phoenix dactylifera L.
> Mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia.
> Boleh dijadikan jem, sirap dan halwa.
>Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa.
> Selain kaya zat besi, kurma kaya kalium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan.
> Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan.
> Boleh meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak.
> Kurma kaya zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C.
RUJUKAN
http://ceritausahawan.blogspot.com/2012/01/kisah-kejayaan-yusuf-taiyoob-raja-kurma.html
http://don87jb.blogspot.com/2012/07/kenali-siapa-yusuf-taiyoob.html
http://miazarraannur.blogspot.com/2012/08/kisah-taukeh-kurma-yusuf-taiyoob.html
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html
http://sumijelly.com/2013/06/26/syyhhhhh-yusuf-taiyoob/
http://harizamrry.com/2009/09/15/yusuf-raja-kurma/
http://www.suzie284.com/2010/08/kalau-sebut-kurma-uolls-ingat-saper-me.html
Pengusaha Lembu - MJ Fatonah Enterprise
• Surat Rasmi Permohonan Pengusaha
• Gambar Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
• Surat-surat Sokongan
• Pengenalan Syarikat
• Profil Syarikat
• Rancangan Pentadbiran
• Rancangan Operasi
• Lakaran Pelan Tapak / Geran tanah
• Modal Permulaan
• Senarai Kursus Yang Dihadiri
• Ringkasan Perancangan Syarikat
• Unjuran Aliran Kewangan 5 Tahunan
• Unjuran Penyata Pendapatan 5 Tahunan
• Aliran Kewangan (2006 hingga 2011)
• Lampiran: Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Akademik Pengusaha
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Kursus
Surat Rasmi Permohonan
- Menternak lembu fidlot secara komersial.
- Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
- Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran) kepada pembeli runcit.
- Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat kerjasama dengan pemilik ladang-ladang sawit berhampiran.
- Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar malam dan peruncit
- Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan memasarkannya ke tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat lanskap.
- Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian ternakan dari ladang.
- Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
- Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.
- Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dsb.
- Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
- Kekuatan:
- Permintaan yang tinggi ke atas daging segar tempatan
- Pelanggan kini meragui jaminan halal daging impot
- Mengusaha penternakan lembu secara fidlot
- Pengusaha MJ Fatonah Enterprise telah mengikuti Program Latihan / Kursus-kursus berkaitan anjuran Masyarakat Perdagangan Dan Peindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah MoA Inc.
- Pengusaha MJ Fatonah Enterprise memiliki lesen/tauliah sembelihan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
- Pengusaha sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dari syarikat mentor kami, HS Nada Sdn Bhd.
- Kelemahan:
- Kekurangan dana untuk meneruskan dan mengembangkan projek.
- Peluang:
- Mendapat bimbingan berterusan dari MPPB dan HS Nada Sdn Bhd.
- Ancaman:
- Persaingan dengan daging impot yang dijual terlalu murah
Nama Syarikat: | MJ Fatonah Enterprise | ||||||||
Alamat Pejabat: | No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor. | ||||||||
Alamat Ladang: | Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, 45600, Batang Berjuntai, Selangor. | ||||||||
Bentuk Perniagaan: | Penternakan Lembu Secara Fidlot. | ||||||||
Tarikh Syarikat didaftarkan: | 18hb Ogos 2005 | ||||||||
Tarikh Mula Operasi: | Februari 2006 | ||||||||
No Pendaftaran Syarikat: | 001568682-P | ||||||||
Modal Permulaan: | RM370,000.00 | ||||||||
Maklumat Bank: |
| ||||||||
Latarbelakang Pengusaha: | Terdiri dari dua (2) orang pemegang saham, 60% + 40%. | ||||||||
1. Nama: | Mohamad Jamil bin Mahidin ( 60% ) | ||||||||
No. K/P: | 680902-08-6063 | ||||||||
No. Tel: | 017-3343800 | ||||||||
Alamat: | No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor. | ||||||||
Kelulusan: |
| ||||||||
Pengalaman: | Berkhidmat dengan Matsushita Ind. Corp (MAICO) selama 14 tahun (dari juruteknik sehingga eksekutif). | ||||||||
2. Nama: | Siti Fatonah binti Arbain ( 40% ) | ||||||||
No. K/P: | 691222-10-5090 | ||||||||
No. Tel: | 012-3343800 | ||||||||
Alamat: | No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor. | ||||||||
Kelulusan: |
| ||||||||
Pengalaman: | Berkhidmat dengan SME Aerospace Sdn Bhd) selama 10 tahun (dari penyelia sehingga eksekutif). |
Carta Organisasi MJ Fatonah Enterprise |
- Memasarkan produk terus kepada pelanggan (jualan hidup, daging segar atau masakan)
- Memastikan kualiti dan kebersihan produk
- Membuat promosi dan pengiklanan produk
- Mengenalpasti terminal jualan yang berpontensi dan berdaya maju
- Perancangan pengembangan pasaran
- Mendapat maklum balas pelanggan ke atas mutu produk syarikat
- Memastikan penghantaran dibuat tepat pada waktunya
- Menguruskan kewangan syarikat
- Memastikan pentadbiran syarikat dan kakitangan berjalan lancar
- Menguruskan kebajikan pekerja (latihan, perubatan, elaun dan lain-lain)
Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja ladang. Pekerja mahir dengan sifat-sifat ternakan dan arif mengenalpasti / mengendalikan ternakan yang sakit. Juga memiliki sijil sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
Tugas-tugas Jabatan Ladang ialah:
- Memastikan ternakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
- Mendapatkan bekalan ternakan yang bermutu
- Memastikan bekalan makanan ternakan sentiasa mencukupi
- Memastikan ternakan yang cukup untuk permintaan jualan
- Menguruskan penyembelihan ternakan
- Menguruskan pemprosesan baja dari najis ternakan
- Memastikan padang ragut sentiasa mampu membekalkan rumput yang secukupnya untuk ternakan setiap masa.
Buat masa ini, pentadbiran syarikat dijalankan oleh pengusaha sendiri sebagai Pengurus Jualan / Pentadbiran / Operasi, seorang penyelia ladang dan 2 orang pekerja am.
Rancangan Operasi
- Ternakan di tag sebagai pengenalan dan direkodkan beratnya.
- Pemeriksaan visual dibuat untuk memastikan tiada kecederaan atau kecacatan pada ternakan yang diterima.
- Ternakan dimasukkan ke kandang mengikut purata berat dan jantina
- Ternakan diberi makan dan minum yang secukupnya
- Jualan Hidup – Untuk tujuan aqiqah, qurban dan lain-lain.
- Jualan Karkas – Untuk pasar-pasar, kedai runcit dan pemborong.
- Jualan Masakan – Untuk permintaan kenduri-kendara
- Jualan Baja Organik –Memasarkan ke kedai-kedai bunga/nursery
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap disembelih. Penghantaran percuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Caj sembelih yang minimum dikenakan.
b. Jualan Karkas / Daging Segar
Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai runcit dan pemborong yang membeli terus dari ladang. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menembusi pasaran pasaraya-pasaraya besar
c. Jualan Masakan
MJ Fatonah Enterprise menyediakan berbagai jenis masakan traditional Melayu untuk tujuan kenduri. Caj masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang dipilih. Antara jenis masakan yang disediakan ialah masak rendang, masak kari, masak kicap, masak merah, B-B-Q dan lain-lain.
d. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)
Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini akan dibungkus dengan jenama MJ Fatonah Enterprise dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian.
Nota:
Buat masa ini, pengeluaran syarikat ditumpukan kepada penjualan hidup. Dengan tambahan dana yang dipohon, kami harap dapat meningkatkan jualan hidup dan daging segar serta meneruskan perancangan untuk jualan masakan, jualan baja dan hasilan daging.
Setiap jabatan mempunyai keperluan mesin dan peralatan sendiri:
a. Jabatan Jualan
- Bilik Dingin Beku – Untuk menyimpan daging sebelum dihantar ke pasar atau kepada pelanggan.
- Pisau-pisau dan pengasah – pisau berkualiti tinggi berbagai saiz bergantung kepada keperluan.
- Peralatan pasar - Lampu, generator, kerusi, meja, payung dan mesin timbang untuk jualan di pasar.
- Pam Air – untuk mengepam air dari sumber air untuk mencuci kandang, membersihkan ternakan dan minuman ternakan.
- Mesin Penghancur Makanan – Menghancurkan rumput / lalang untuk dicampurkan dengan pelet.
- Mesin rumput – Untuk memotong rumput dari padang ragut.
- Mesin Pengering Najis – Untuk mengeringkan najis ternakan sebelum dihancurkan dan dibungkus sebagai baja organik.
- Forklift – Mengangkut makanan ternakan dari stor simpanan ke takungan makanan.
- Kereta tolak – Sebagai alternatif kepada forklift
- Peralatan kandang – peralatan seperti cangkul, penyodok tanah, pencakar dan sebagainya.
- Peralatan rumah sembelih – Seperti pisau sembelih, pisau melapah, mesin pemotong karkas, apron dan kasut.
- Komputer – 3 buah komputer untuk kegunaan pengurus dan kerani.
- Mesin Cetak – Printer, scanner dan mesin fotokopi.
- Telefon – 3 buah telefon untuk kegunaan pengurus dan kerani
- Mesin Fax – Sebuah mesin fax bagi kemudahan pesanan dan penerimaan.
- Perabot Pejabat
- 3 set meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani.
- 3 meja komputer
- 1 set meja mesyuarat
- 1 set sofa di ruang menunggu
No | Nama | Bilangan | Kos Seunit (RM) | Jumlah (RM) | Jumlah Terkumpul (RM) |
1 | Pemilikan tanah | 1 | 87,000.00 | 87,000.00 | 87,000.00 |
2 | Pembinaan kandang | 12 | Lump Sum | 100,000.00 | 187,000.00 |
3 | Wiring/lampu/plug point | Lump Sum | 2,800.00 | 189,000.00 | |
4 | Rumah pekerja / stor | Lump Sum | 10,000.00 | 199,800.00 | |
5 | Mesin penghancur rumput | 1 | 5,500.00 | 5,500.00 | 205,300.00 |
6 | Mesin pemotong rumput | 3 | Lump sum | 2,500.00 | 207,800.00 |
7 | Kenderaan (Ranger/lori) | 11 bulan | Lump sum | 31,505.00 | 239,305.00 |
Jumlah kos pembangunan | 239,305.00 |
3. Kos Operasi (Jan 2006 hingga Nov 2006)
No | Nama | Bilangan | Kos Seunit (RM) | Jumlah (RM) | Jumlah Terkumpul (RM) |
1 | Pembelian baka KK | 165 ekor | Lump sum | 219,200.00 | 219,200.00 |
2 | Pembelian baka Brahman | 50 ekor | 1400.00 | 70,000.00 | 289,200.00 |
3 | Bahan Makanan PKC/PKE | 152,250kg | 0.38 | 57,855.00 | 347,055.00 |
4 | Kos pelbagai | 11 bulan | 1,500.00 | 16,500.00 | 363,555.00 |
5 | Utiliti | 11 bulan | Lump sum | 5,000.00 | 368,555.00 |
6 | Gaji pekerja | 11 bulan | Lump sum | 49,500.00 | 418,055.00 |
7 | Bayaran balik Pinjaman MARA | 5 bulan | 15,625.00 | 31,505.00 | 433,680.00 |
Jumlah Kos Operasi (11bulan Pertama) | 433,680.00 |
3. Pinjaman dari Bank
Kami memerlukan bantuan kewangan daripada bank untuk menampung kekurangan dana sebanyak RM250,000.00 (seperti di dalam lampiran Aliran Tunai..Nov 2006). Permulaan modal sebanyak RM370,000.00 adalah dari wang simpanan kami.
Senarai Kursus-Kursus Yang Dihadiri
No | Kursus | Anjuran | Tarikh | Peserta |
1 | Latihan Sangkut Ternakan Lembu Pedaging | MPPB | 29/06/05 – 03/07/05 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
2 | Program Perakaunan Berkomputer | MPPB | 05/07/05 – 08/07/05 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
3 | Kursus Pembangunan Usahawan Modul Asas | MPPB | 19/07/05 – 22/07/05 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
4 | Kursus Penyembelihan Halal | MPPB | 25/07/05 – 28/07/05 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
5 | Kolokium Pertanian Suatu Perniagaan | MPPB | 16/02/06 – 18/02/06 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
6 | Seminar AgroPAC2 | UPM | 25/02/06 – 26/02/06 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
7 | Kursus Pemasaran Strategik | MARA | 05/03/06 – 09/03/06 | Siti Fatonah Arbain Mohamad Jamil Mahidin |
Gambar Sekitar Kursus-Kursus Yang Dihadiri
No | Jenis | Umur | Jantina | Bil (Ekor | Catatan |
1 | Brahman Kacukan KK | 1½ tahun | Jantan | 30 | Bekalan Untuk Hari Raya Korban 2006 |
2 | Brahman | 3 Tahun | Jantan | 1 | Diternak Untuk Baka |
3 | Brahman Kacukan KK | 2 bulan | Jantan | 1 | Anak |
4 | Brahman Kacukan KK | 1 tahun (1) | Jantan | 1 | Anak |
5 | Brahman Kacukan KK | 1 tahun (26) 2 tahun (6) | Jantan | 32 | Diternak Untuk Pembiakan |
Jumlah bilangan Lembu terkini | 65 Ekor |
Lakaran Laluan Ke Ladang MJ Fatonah Enterprise
Board of Directors of 5 Star Travel Agency Sdn. Bhd.
Tuesday, 10 December 2013
Pengusaha Kerepek Banting
MISI
Misi FAZZ Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan kerepek di samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengusaha tempatan.
VISI
Menjadikan FAZZ Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa.
Objektif Fazz Enterprise
FAZZ Enterprise mempunyai beberapa objektif penubuhan syarikat iaitu :
1) Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2020 di peringkat global.
2) Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.
3) Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala.
4) Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Carta Organisasi Fazz Enterprise
FAZZ Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi.
Kerepek keluaran FAZZ Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti pedas, BBQ, original, masin, blackpepper,kari dan sebagainya.
FAZZ Enterprise juga memasarkan produk pengusaha tempatan serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek (kacang tanah,kacang dal,kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perkhidmatan yang ditawarkan FAZZ Enterprise kepada pelanggan ialah seperti :
1) Pelanggan boleh membuat tempahan pelbagai jenis kerepek pada musim perayaan,
perkahwinan dan majlis-majlis keraian, serta belian borong dan runcit.
2) FAZZ Enterprise juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada
pelanggan yang ingin membuat sebarang tempahan melalui jarak jauh.
Senarai Produk Dan Harga
Kerepek disukai ramai rasanya yang asli.
Bill Gates
Business Card Design
Popular Posts
-
Kisah Kejayaan Yusuf Taiyoob NAMA : Datuk Yusuf Taiyoob JAWATAN : Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd ASAL : Georgetown, ...
-
1. Robert Kuok Hock Nien Robert Kuok Hock Nien is a man who needs no introduction. From being the ‘Sugar King of Malaysia’ to...
-
Latar Belakang Fazz Enterprise FAZZ Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di Kanch...
-
i) Nama Produk Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai....
-
Disediakan oleh: Mohamad Jamil bin Mahidin 017-3343800 Dan Siti Fatonah binti Arbain 012-3343800 MJ Fatonah Enterprise (...
-
1. OTAI BURGER Otai Burger atau Burger Antarabangsa Malaysia (MIB) adalah gerai makanan segera (fast food) burger terkenal di Malaysia. O...
-
HALIZA BINTI ADBUL TALIB Chief Executive Officer MOHD HIZAMI BIN HAMBALI Chief Marketing Officer AHMAD ZUBAIR BIN JOHARI Ch...
-
No 12 : Tan Sri Dato Azman Hashim Tan Sri Dato' Azman Hashim, AO (born July 1939 in Kuala Lumpur) is one of the richest people...
-
Business card merupakan first impression orang terhadap kita. Oleh itu, rekabentuk kad tersebut perlulah menarik. Maklumat penting seperti...