Sunday 22 December 2013

Multimedia Development Corporation (MDEC) Malaysia

Pengenalan

Multimedia Development Corporation (MDeC) ditubuhkan pada tahun 1996 bagi menerajui dasar, polisi dan piawaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan multimedia serta memantau pembangunan Koridor Raya Multimedia atau kini lebih dikenali sebagai MSC Malaysia. MSC Malaysia merupakan asas bagi membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana di dalam bidang Teknologi Maklumat selain menggalakkan pelaburan syarikat-syarikat global ICT bagi memajukan industri digital and kreatif di Malaysia.

Pada tahun 2011, 15 tahun selepas pelancaran MSC Malaysia, MDeC telah dimandatkan untuk memacu peralihan negara ke arah pembangunan ekonomi digital bagi mencapai visi 2020, melalui inisiatif Digital Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia. Digital Malaysia secara rasminya telah dilancarkan pada tahun berikutnya iaitu pada 2012 sebagai program transformasi negara bagi mencapai matlamat tersebut.

Berasaskan tiga teras strategik, Digital Malaysia adalah perkembangan susulan dari landasan yang telah dibina pada awalnya untuk MSC Malaysia. Ianya akan menghasilkan pendapatan, meransang keberkesanan serta meningkatkan taraf hidup, melalui pelbagai inisiatif ICT yang akan mempertingkatan hubungan dan membantu kerajaan, para peniaga dan rakyat melalui ekosistem digital yang berteraskan permintaan.

Visi

1) Pemimpin di era informasi

  • Membentuk persekitaran canggih yang bertaraf dunia
  • Menarik dan memajukan syarikat antarabangsa berteknologi canggih
  • Membantu pemindahan pengetahuan dan penghasilan pendapatan
  • Membangunkan organisasi berprestasi dan mempunyai nilai yang tinggi
Misi

Merealisasikan impian negara untuk menjadi hub global dan lokasi pilihan bagi industri ICT dan multimedia dalam bidang inovasi, perkhidmatan dan operasi.

MSC MALAYSIA

MSC Malaysia merupakan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) nasional yang diwujudkan bagi menarik syarikat-syarikat antarabangsa yang berasaskan teknologi ke Malaysia, selain memajukan industri ICT tempatan. Dengan sokongan sepenuhnya dari Kerajaan Malaysia, MSC Malaysia telah memacu transformasi negara ke arah k-ekonomi lebih sedekad yang lalu.
MSC Malaysia adalah gerbang anda ke industri ICT Malaysia dan serantau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mscmalaysia.my

DIGITAL MALAYSIA (DM)

Digital Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada Agenda Transformasi Kebangsaaan bertujuan untuk menjana pendapatan serta meningkatkan kualiti kehidupan dan produktiviti melalui pembangunan dan penggunaan pelbagai inisiatif ICT.

Aspirasi dan matlamat Digital Malaysia adalah:

1) Meningkatkan sumbangan ekonomi kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dengan nilai lebih RM294 billion daripada 10.5% pada 2010 kepada 17& pada 2020

2) Meningkatkan Produktiviti dan Kualiti Kehidupan melalui:

3) Peningkatan kedudukan negara dalam Ranking Ekonomi Digital EIU (Economist Intelligence Unit) daripada kedudukan ke-36 pada 2010 kepada kedudukan ke-20 teratas menjelang tahun 2020.

4) Sumbangan kepada kedudukan negara dalam IMD's (International Institute of Management Development) World Competitiveness Scoreboard daripada kedudukan ke-14 pada 2012 kepada kedudukan ke-10 teratas daripada 59 buah negara menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai matlamat dan aspirasi Digital Malaysia, tiga strategik utaman telah dirangka bagi membangunkan ekonomi digital negara:

1) Teras strategik pertama iaitu menjana ekonomi digital negara daripada berasakan pembekalan kepada permintaan di mana pengurusan sumber difokuskan dalam menjana aktiviti berteraskan permintaan pasaran atau (supply to demand);

2) Teras strategik kedua iaitu mengubah corak sikap pengguna internet tempatan daripada pengguna (consuer) kepada pembuat (producer) atau (consumption to production).

3) Teras strategik ketiga iaitu meningkatkan daya saing Malaysia daripada sebuah negara yang "low-knowledge added" kepasa sebuah negara yang "high-knowlegde added".

Popular Posts

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys