Tuesday, 24 December 2013

PROJEK IDEA - COFFEA USB MUG HEATER

Klik Link Di Bawah Untuk Paparan Projek



Monday, 23 December 2013

Business Card

COMPANY LOGO

HALIZA BINTI ADBUL TALIB
Chief Executive Officer

MOHD HIZAMI BIN HAMBALI
Chief Marketing Officer

AHMAD ZUBAIR BIN JOHARI
Chief Technology Officer

Sunday, 22 December 2013

Multimedia Development Corporation (MDEC) Malaysia

Pengenalan

Multimedia Development Corporation (MDeC) ditubuhkan pada tahun 1996 bagi menerajui dasar, polisi dan piawaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan multimedia serta memantau pembangunan Koridor Raya Multimedia atau kini lebih dikenali sebagai MSC Malaysia. MSC Malaysia merupakan asas bagi membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana di dalam bidang Teknologi Maklumat selain menggalakkan pelaburan syarikat-syarikat global ICT bagi memajukan industri digital and kreatif di Malaysia.

Pada tahun 2011, 15 tahun selepas pelancaran MSC Malaysia, MDeC telah dimandatkan untuk memacu peralihan negara ke arah pembangunan ekonomi digital bagi mencapai visi 2020, melalui inisiatif Digital Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia. Digital Malaysia secara rasminya telah dilancarkan pada tahun berikutnya iaitu pada 2012 sebagai program transformasi negara bagi mencapai matlamat tersebut.

Berasaskan tiga teras strategik, Digital Malaysia adalah perkembangan susulan dari landasan yang telah dibina pada awalnya untuk MSC Malaysia. Ianya akan menghasilkan pendapatan, meransang keberkesanan serta meningkatkan taraf hidup, melalui pelbagai inisiatif ICT yang akan mempertingkatan hubungan dan membantu kerajaan, para peniaga dan rakyat melalui ekosistem digital yang berteraskan permintaan.

Visi

1) Pemimpin di era informasi

  • Membentuk persekitaran canggih yang bertaraf dunia
  • Menarik dan memajukan syarikat antarabangsa berteknologi canggih
  • Membantu pemindahan pengetahuan dan penghasilan pendapatan
  • Membangunkan organisasi berprestasi dan mempunyai nilai yang tinggi
Misi

Merealisasikan impian negara untuk menjadi hub global dan lokasi pilihan bagi industri ICT dan multimedia dalam bidang inovasi, perkhidmatan dan operasi.

MSC MALAYSIA

MSC Malaysia merupakan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) nasional yang diwujudkan bagi menarik syarikat-syarikat antarabangsa yang berasaskan teknologi ke Malaysia, selain memajukan industri ICT tempatan. Dengan sokongan sepenuhnya dari Kerajaan Malaysia, MSC Malaysia telah memacu transformasi negara ke arah k-ekonomi lebih sedekad yang lalu.
MSC Malaysia adalah gerbang anda ke industri ICT Malaysia dan serantau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mscmalaysia.my

DIGITAL MALAYSIA (DM)

Digital Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada Agenda Transformasi Kebangsaaan bertujuan untuk menjana pendapatan serta meningkatkan kualiti kehidupan dan produktiviti melalui pembangunan dan penggunaan pelbagai inisiatif ICT.

Aspirasi dan matlamat Digital Malaysia adalah:

1) Meningkatkan sumbangan ekonomi kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dengan nilai lebih RM294 billion daripada 10.5% pada 2010 kepada 17& pada 2020

2) Meningkatkan Produktiviti dan Kualiti Kehidupan melalui:

3) Peningkatan kedudukan negara dalam Ranking Ekonomi Digital EIU (Economist Intelligence Unit) daripada kedudukan ke-36 pada 2010 kepada kedudukan ke-20 teratas menjelang tahun 2020.

4) Sumbangan kepada kedudukan negara dalam IMD's (International Institute of Management Development) World Competitiveness Scoreboard daripada kedudukan ke-14 pada 2012 kepada kedudukan ke-10 teratas daripada 59 buah negara menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai matlamat dan aspirasi Digital Malaysia, tiga strategik utaman telah dirangka bagi membangunkan ekonomi digital negara:

1) Teras strategik pertama iaitu menjana ekonomi digital negara daripada berasakan pembekalan kepada permintaan di mana pengurusan sumber difokuskan dalam menjana aktiviti berteraskan permintaan pasaran atau (supply to demand);

2) Teras strategik kedua iaitu mengubah corak sikap pengguna internet tempatan daripada pengguna (consuer) kepada pembuat (producer) atau (consumption to production).

3) Teras strategik ketiga iaitu meningkatkan daya saing Malaysia daripada sebuah negara yang "low-knowledge added" kepasa sebuah negara yang "high-knowlegde added".

Yusuf Taiyoob Raja Kurma

Kisah Kejayaan Yusuf Taiyoob
NAMA : Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN : Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL : Georgetown, Pulau Pinang
UMUR : 52 tahun
ISTER I: Datin Yusnita Ramli
ANAK : Waseem (10), Safiya (7) dan Safina (4)
ADIK-BERADIK : Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN : Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

“Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia... berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Asal nak bulan puasa, iklan mengenai kurmanya amat kerap berkumandang di mana-mana media. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..”

Usahawan Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma  ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 53, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 21 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga,” kata Datuk Yusuf Taiyoob.

Datuk Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 52 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
“Ini adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik. Ini menyebabkan Datuk Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Kilang Yusuf Taiyoob bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Kilang terbesar Yusuf Taiyoob

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Datuk Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Datuk Yusuf (kanan) lebih suka pendekatan Hands-On dan bersemuka dengan pelanggan

Prinsip utama dalam hidup Datuk Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan,” kata Datuk Yusuf.

Datuk Yusuf bersama pelanggannya

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Tibanya menjelang Ramadan beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

Yang penting, menurut Datuk Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
 Safia, adalah salah satu produk yang terlaris di bawah jenama Yusuf Taiyoob

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan,” katanya lagi.
Keluarga adalah segala-galanya bagi Datuk Yusuf Taiyoob. Kelihatan Waseem, 10, Safina, 4, isteri Datin Yusnita Ramli dan Safiya, 7, iaitu nama tiga jenis kurma yang mengambil sempena nama anak-anaknya.


“Rupa-rupanya nama kurma adalah sempena dengan nama anak-anak beliau!! wahhhh!!”

P/S: Kisah Datuk Yusuf Taiyoob nie memperlihatkan yang kejayaan akan datang hasil pengalaman daripada kegagalan.

INFO
> Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988).
>Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.
> Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

INFO KURMA
> Nama saintifik kurma ialah phoenix dactylifera L.
> Mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia.
> Boleh dijadikan jem, sirap dan halwa.
>Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa.
> Selain kaya zat besi, kurma kaya kalium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan.
> Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan.
> Boleh meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak.
> Kurma kaya zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C.

RUJUKAN
http://ceritausahawan.blogspot.com/2012/01/kisah-kejayaan-yusuf-taiyoob-raja-kurma.html
http://don87jb.blogspot.com/2012/07/kenali-siapa-yusuf-taiyoob.html
http://miazarraannur.blogspot.com/2012/08/kisah-taukeh-kurma-yusuf-taiyoob.html
http://www.hafizizain.com/kisah-kejayaan/kisah-menarik-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob.html
http://sumijelly.com/2013/06/26/syyhhhhh-yusuf-taiyoob/
http://harizamrry.com/2009/09/15/yusuf-raja-kurma/
http://www.suzie284.com/2010/08/kalau-sebut-kurma-uolls-ingat-saper-me.html 

Pengusaha Lembu - MJ Fatonah Enterprise

Disediakan oleh:
Mohamad Jamil bin Mahidin
017-3343800
Dan
Siti Fatonah binti Arbain
012-3343800



MJ Fatonah Enterprise (001568682-P)
No. 17, Lot 3384, Jln Tembusu,
Kampung Melayu Subang,
40150, Shah Alam Selangor.

Index

• Surat Rasmi Permohonan Pengusaha
• Gambar Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
• Surat-surat Sokongan
• Pengenalan Syarikat
• Profil Syarikat
• Rancangan Pentadbiran
• Rancangan Operasi
• Lakaran Pelan Tapak / Geran tanah
• Modal Permulaan
• Senarai Kursus Yang Dihadiri
• Ringkasan Perancangan Syarikat
• Unjuran Aliran Kewangan 5 Tahunan
• Unjuran Penyata Pendapatan 5 Tahunan
• Aliran Kewangan (2006 hingga 2011)
• Lampiran: Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Akademik Pengusaha
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Kursus

Surat Rasmi Permohonan


Pengenalan

MJ Fatonah Enterprise adalah sebuah syarikat penternakan bumiputera yang menjalankan projek perternakan lembu fidlot secara komersial. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise mendapat didikan, nasihat dan tunjuk ajar dari Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui program-program latihannya. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise juga mendapat perhatian HS Nada Sdn Bhd dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal.

Operasi Syarikat:
  1. Menternak lembu fidlot secara komersial.
  2. Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
  3. Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran) kepada pembeli runcit.
Perancangan Masa Depan Syarikat:
  1. Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat kerjasama dengan pemilik ladang-ladang sawit berhampiran.
  2. Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar malam dan peruncit
  3. Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan memasarkannya ke tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat lanskap.
  4. Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian ternakan dari ladang.
  5. Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
  6. Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.
  7. Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dsb.
  8. Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
Trend Pasaran:
Bekalan daging tempatan masih ditahap yang amat rendah, iaitu 18% dari keperluan daging seluruhnya. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menjadi penternak berjaya di Malaysia dan menambah peratusan bekalan daging segar tempatan. Harapan MJ Fatonah Enterprise untuk membantu saudara-saudara Islam mendapatkan daging yang halal, berkualiti dan bebas dari sebarang penyakit. Memaksimakan pengeluaran ternakan dari jualan hidup, daging segar, hasilan daging dan juga tinjanya.

Analisis SWOT:
  1.  Kekuatan: 
    1. Permintaan yang tinggi ke atas daging segar tempatan
    2. Pelanggan kini meragui jaminan halal daging impot
    3. Mengusaha penternakan lembu secara fidlot
    4. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise telah mengikuti Program Latihan / Kursus-kursus berkaitan anjuran Masyarakat Perdagangan Dan Peindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah MoA Inc.
    5. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise memiliki lesen/tauliah sembelihan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    6. Pengusaha sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dari syarikat mentor kami, HS Nada Sdn Bhd.
  2. Kelemahan: 
    1. Kekurangan dana untuk meneruskan dan mengembangkan projek.
  3. Peluang:
    1. Mendapat bimbingan berterusan dari MPPB dan HS Nada Sdn Bhd.
  4. Ancaman: 
    1. Persaingan dengan daging impot yang dijual terlalu murah

Profil Syarikat

Nama Syarikat:MJ Fatonah Enterprise
Alamat Pejabat:No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Alamat Ladang:Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, 45600, Batang Berjuntai, Selangor.
Bentuk Perniagaan:Penternakan Lembu Secara Fidlot.
Tarikh Syarikat didaftarkan:18hb Ogos 2005
Tarikh Mula Operasi:Februari 2006
No Pendaftaran Syarikat:001568682-P
Modal Permulaan:RM370,000.00
Maklumat Bank:
Bank:Maybank (Caw. Terminal 3, Subang)
Akaun No.562085508614
Jenis Akaun:Akaun Semasa
Pemegang Akaun:MJ Fatonah Enterprise
Latarbelakang Pengusaha:Terdiri dari dua (2) orang pemegang saham, 60% + 40%.
1. Nama:Mohamad Jamil bin Mahidin ( 60% )
No. K/P:680902-08-6063
No. Tel:017-3343800
Alamat:No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan:
Sijil Kejuruteraan Mekanikal – Pengeluaran (POLIMAS, Alor Setar, Kedah)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (ITM, Shah Alam)
Pengalaman:Berkhidmat dengan Matsushita Ind. Corp (MAICO) selama 14 tahun (dari juruteknik sehingga eksekutif).
2. Nama:Siti Fatonah binti Arbain ( 40% )
No. K/P:691222-10-5090
No. Tel:012-3343800
Alamat:No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan:
Sijil Kejuruteraan Mekanikal – Pengeluaran (POLIMAS, Alor Setar, Kedah)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (UTM, Sekudai)
Pengalaman:Berkhidmat dengan SME Aerospace Sdn Bhd) selama 10 tahun (dari penyelia sehingga eksekutif).

Rancangan Pentadbiran

Carta Organisasi MJ Fatonah Enterprise

Bidang Tugas Jabatan

1. Jabatan Jualan

Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja jualan. Pekerja jualan mahir dalam keratan / bahagian-bahagian daging dan mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D.

Tugas-tugas Jabatan Jualan ialah:
  1. Memasarkan produk terus kepada pelanggan (jualan hidup, daging segar atau masakan)
  2. Memastikan kualiti dan kebersihan produk
  3. Membuat promosi dan pengiklanan produk
  4. Mengenalpasti terminal jualan yang berpontensi dan berdaya maju
  5. Perancangan pengembangan pasaran
  6. Mendapat maklum balas pelanggan ke atas mutu produk syarikat
  7. Memastikan penghantaran dibuat tepat pada waktunya
2. Jabatan Pentadbiran

Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh seorang kerani. Kerani ini mahir mengendalikan komputer, mempunyai sistem fail syarikat yang teratur dan juga bijak berinteraksi dengan pelanggan / pembekal.

Tugas-tugas Jabatan Pentadbiran ialah:
  1. Menguruskan kewangan syarikat
  2. Memastikan pentadbiran syarikat dan kakitangan berjalan lancar
  3. Menguruskan kebajikan pekerja (latihan, perubatan, elaun dan lain-lain)
3. Jabatan Operasi / Ladang

Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja ladang. Pekerja mahir dengan sifat-sifat ternakan dan arif mengenalpasti / mengendalikan ternakan yang sakit. Juga memiliki sijil sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Tugas-tugas Jabatan Ladang ialah:
  1. Memastikan ternakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
  2. Mendapatkan bekalan ternakan yang bermutu
  3. Memastikan bekalan makanan ternakan sentiasa mencukupi
  4. Memastikan ternakan yang cukup untuk permintaan jualan
  5. Menguruskan penyembelihan ternakan
  6. Menguruskan pemprosesan baja dari najis ternakan
  7. Memastikan padang ragut sentiasa mampu membekalkan rumput yang secukupnya untuk ternakan setiap masa.
Nota:
Buat masa ini, pentadbiran syarikat dijalankan oleh pengusaha sendiri sebagai Pengurus Jualan / Pentadbiran / Operasi, seorang penyelia ladang dan 2 orang pekerja am.


Rancangan Operasi

1. Carta Aliran Proses
Carta Aliran Proses

Ternakan Masuk
  1. Ternakan di tag sebagai pengenalan dan direkodkan beratnya.
  2. Pemeriksaan visual dibuat untuk memastikan tiada kecederaan atau kecacatan pada ternakan yang diterima.
Ternakan di kandang
  1. Ternakan dimasukkan ke kandang mengikut purata berat dan jantina
  2. Ternakan diberi makan dan minum yang secukupnya
Jualan
  1. Jualan Hidup – Untuk tujuan aqiqah, qurban dan lain-lain.
  2. Jualan Karkas – Untuk pasar-pasar, kedai runcit dan pemborong.
  3. Jualan Masakan – Untuk permintaan kenduri-kendara
  4. Jualan Baja Organik –Memasarkan ke kedai-kedai bunga/nursery
2. Perancangan Pengeluaran Produk
Produk MJ Fatonah Enterprise terbahagi kepada 4 kategori:

a. Jualan Hidup
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap disembelih. Penghantaran percuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Caj sembelih yang minimum dikenakan.

b. Jualan Karkas / Daging Segar
Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai runcit dan pemborong yang membeli terus dari ladang. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menembusi pasaran pasaraya-pasaraya besar

c. Jualan Masakan
MJ Fatonah Enterprise menyediakan berbagai jenis masakan traditional Melayu untuk tujuan kenduri. Caj masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang dipilih. Antara jenis masakan yang disediakan ialah masak rendang, masak kari, masak kicap, masak merah, B-B-Q dan lain-lain.

d. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)
Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini akan dibungkus dengan jenama MJ Fatonah Enterprise dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian.

Nota:
Buat masa ini, pengeluaran syarikat ditumpukan kepada penjualan hidup. Dengan tambahan dana yang dipohon, kami harap dapat meningkatkan jualan hidup dan daging segar serta meneruskan perancangan untuk jualan masakan, jualan baja dan hasilan daging.


3. Mesin Dan Peralatan
Setiap jabatan mempunyai keperluan mesin dan peralatan sendiri:

a. Jabatan Jualan
  1. Bilik Dingin Beku – Untuk menyimpan daging sebelum dihantar ke pasar atau kepada pelanggan.
  2. Pisau-pisau dan pengasah – pisau berkualiti tinggi berbagai saiz bergantung kepada keperluan.
  3. Peralatan pasar - Lampu, generator, kerusi, meja, payung dan mesin timbang untuk jualan di pasar.
b. Jabatan Ladang
  1. Pam Air – untuk mengepam air dari sumber air untuk mencuci kandang, membersihkan ternakan dan minuman ternakan.
  2. Mesin Penghancur Makanan – Menghancurkan rumput / lalang untuk dicampurkan dengan pelet.
  3. Mesin rumput – Untuk memotong rumput dari padang ragut.
  4. Mesin Pengering Najis – Untuk mengeringkan najis ternakan sebelum dihancurkan dan dibungkus sebagai baja organik.
  5. Forklift – Mengangkut makanan ternakan dari stor simpanan ke takungan makanan.
  6. Kereta tolak – Sebagai alternatif kepada forklift
  7. Peralatan kandang – peralatan seperti cangkul, penyodok tanah, pencakar dan sebagainya.
  8. Peralatan rumah sembelih – Seperti pisau sembelih, pisau melapah, mesin pemotong karkas, apron dan kasut.
c. Jabatan Pentadbiran
  1. Komputer – 3 buah komputer untuk kegunaan pengurus dan kerani.
  2. Mesin Cetak – Printer, scanner dan mesin fotokopi.
  3. Telefon – 3 buah telefon untuk kegunaan pengurus dan kerani
  4. Mesin Fax – Sebuah mesin fax bagi kemudahan pesanan dan penerimaan.
  5. Perabot Pejabat
    1. 3 set meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani.
    2. 3 meja komputer
    3. 1 set meja mesyuarat
    4. 1 set sofa di ruang menunggu
Nota:
Buat masa ini, jabatan ladang memiliki tiga (3) buah mesin memotong rumput, sebuah mesin menghancur makanan (chopping machine), pam air dan peralatan ladang. Jabatan pentadbiran memiliki sebuah laptop, sebuah printer, telefon bimbit dan sebuah mesin fax. Tambahan modal juga diperlukan bagi menambah bilangan komputer dan perabot pejabat.

Modal Permulaan

1. Jumlah Modal Permulaan

a. Kos Pembangunan : RM 239,305.00
b. Pinjaman MARA : RM 433,680.00
Jumlah kos : RM 672,985.00

2. Kos Pembangunan :

NoNamaBilanganKos Seunit (RM)Jumlah (RM)Jumlah Terkumpul (RM)
1Pemilikan tanah187,000.0087,000.0087,000.00
2Pembinaan kandang12Lump Sum100,000.00187,000.00
3Wiring/lampu/plug pointLump Sum2,800.00189,000.00
4Rumah pekerja / storLump Sum10,000.00199,800.00
5Mesin penghancur rumput15,500.005,500.00205,300.00
6Mesin pemotong rumput3Lump sum2,500.00207,800.00
7Kenderaan (Ranger/lori)11 bulanLump sum31,505.00239,305.00
Jumlah kos pembangunan239,305.00

3. Kos Operasi (Jan 2006 hingga Nov 2006)

NoNamaBilanganKos Seunit (RM)Jumlah (RM)Jumlah Terkumpul (RM)
1Pembelian baka KK165 ekorLump sum219,200.00219,200.00
2Pembelian baka Brahman50 ekor1400.0070,000.00289,200.00
3Bahan Makanan PKC/PKE152,250kg0.3857,855.00347,055.00
4Kos pelbagai11 bulan1,500.0016,500.00363,555.00
5Utiliti11 bulanLump sum5,000.00368,555.00
6Gaji pekerja11 bulanLump sum49,500.00418,055.00
7Bayaran balik Pinjaman MARA5 bulan15,625.0031,505.00433,680.00
Jumlah Kos Operasi (11bulan Pertama)433,680.00


3. Pinjaman dari Bank
Kami memerlukan bantuan kewangan daripada bank untuk menampung kekurangan dana sebanyak RM250,000.00 (seperti di dalam lampiran Aliran Tunai..Nov 2006). Permulaan modal sebanyak RM370,000.00 adalah dari wang simpanan kami.


Senarai Kursus-Kursus Yang Dihadiri

NoKursusAnjuranTarikhPeserta
1Latihan Sangkut Ternakan Lembu PedagingMPPB29/06/05 – 03/07/05Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
2Program Perakaunan BerkomputerMPPB05/07/05 – 08/07/05Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
3Kursus Pembangunan Usahawan Modul AsasMPPB19/07/05 – 22/07/05Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
4Kursus Penyembelihan HalalMPPB25/07/05 – 28/07/05Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
5Kolokium Pertanian Suatu PerniagaanMPPB16/02/06 – 18/02/06Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
6Seminar AgroPAC2UPM25/02/06 – 26/02/06Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
7Kursus Pemasaran StrategikMARA05/03/06 – 09/03/06Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin

Gambar Sekitar Kursus-Kursus Yang Dihadiri

Gambar Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
1. Peringkat Kerja tanah

2. Peringkat Pembinaan Kandang

3. Pembinaan Kandang Siap Dan Kemasukan Lembu

4. Kemudahan Asas Dan Peralatan Ladang

Permohonan Dana IKS Majlis Amanah Rakyat (MARA)
5. Stok Ternakan pada 20hb Apr 2006


NoJenisUmurJantinaBil (EkorCatatan
1Brahman Kacukan KK1½ tahunJantan30
Bekalan Untuk Hari
Raya Korban 2006
2Brahman3 TahunJantan 1Diternak Untuk Baka
3Brahman Kacukan KK2 bulanJantan1Anak
4Brahman Kacukan KK1 tahun (1)Jantan1Anak
5Brahman Kacukan KK
1 tahun (26)
2 tahun (6)
Jantan32
Diternak Untuk
Pembiakan
Jumlah bilangan Lembu terkini65 Ekor


Lakaran Laluan Ke Ladang MJ Fatonah Enterprise

Board of Directors of 5 Star Travel Agency Sdn. Bhd.

HALIZA BINTI ADBUL TALIB
Chief Executive Officer
MOHD HIZAMI BIN HAMBALI
Chief Marketing Officer
AHMAD ZUBAIR BIN JOHARI
Chief Technology Officer

Tuesday, 10 December 2013

Pengusaha Kerepek Banting

Latar Belakang Fazz Enterprise

FAZZ Enterprise  telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983 sebagai kilang memproses makanan ringan. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House  ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun.

En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin
PENGUSAHA FAZZ ENTERPRISE
Kini, FAZZ Enterprise mempunyai kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di Pulau Pinang.

MISI
Misi FAZZ Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan kerepek di samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengusaha tempatan.

VISI
Menjadikan FAZZ Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa.

Objektif Fazz Enterprise

FAZZ Enterprise mempunyai beberapa objektif penubuhan syarikat iaitu :

1) Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2020 di peringkat global.

2) Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.

3) Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala.

4) Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Carta Organisasi Fazz Enterprise
 Carta Organisasi FAZZ Enterprise
Penerangan Produk

FAZZ Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi.

Kerepek keluaran FAZZ Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti pedas, BBQ, original, masin, blackpepper,kari dan sebagainya.

FAZZ Enterprise juga memasarkan produk  pengusaha tempatan serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek  (kacang tanah,kacang dal,kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan yang ditawarkan FAZZ Enterprise kepada pelanggan ialah seperti :

1) Pelanggan boleh membuat tempahan pelbagai jenis kerepek pada musim perayaan,
     perkahwinan dan majlis-majlis keraian, serta belian borong dan runcit.

2) FAZZ Enterprise juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada
     pelanggan yang ingin membuat sebarang tempahan melalui jarak jauh.

Senarai Produk Dan Harga

Antara Produk Keluaran Fazz Enterprise

Kerepek disukai ramai rasanya yang asli.
Kerepek Ubi
Kerepek Kentang
Kerepek Pisang

Bill Gates

Di Sebalik Kejayaan Bill Gates
William Henry Gates III atau lebih terkenal dengan sebutan Bill Gates, lahir di Seattle, Washington pada tanggal 28 Oktober 1955. Ayah Bill, Bill Gates Jr., bekerja di sebuah firma hukum sebagai seorang pengacara dan ibunya, Mary, adalah seorang mantan guru. Bill adalah anak kedua dari tiga bersaudara. Sejak kecil Bill mempunyai hobi "hiking",bahkan hingga kini pun kegiatan ini masih sering dilakukannya bila ia sedang "berpikir".

Bill kecil mampu dengan mudah melewati masa Sekolah Dasar dengan nilai sangat memuaskan, terutama dalam pelajaran IPA dan Matematika. Mengetahui hal ini, orang tua Bill kemudian menyekolahkannya di sebuah sekolah swasta yang terkenal dengan pembinaan akademik yang baik, bernama LAKESIDE. Pada saat itu , Lakeside baru saja membeli sebuah komputer, dan dalam waktu seminggu, Bill Gates, Paul Allen dan beberapa siswa lainnya (sebagian besar nantinya menjadi programer pertama Microsoft) sudah menghabiskan semua jam pelajaran komputer untuk satu tahun.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak dia masih bersekolah di Lakeside. Dimulai dengan meng-hack komputer sekolah, mengubah jadwal, dan penempatan siswa. Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lainnya disewa oleh Computer Center Corp. untuk menjadi tester sistem keamanan perusahaan tersebut. Sebagai balasan, mereka diberikan kebebasan untuk menggunakan komputer perusahaan. Menurut Bill saat itu lah mereka benar- benar dapat "memasuki" komputer. Dan disinilah mereka mulai mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft, 7 tahun kemudian.

Selanjutnya kemampuan Bill Gates semakin terasah. Pembuatan program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnis pertamanya. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama mereka yang disebut Traf-O-Data. Mereka membuat sebuah komputer kecil yang mampu mengukur aliran lalu lintas. Bekerja sebagai debugger di perusahaan kontraktor pertahanan TRW, dan sebagai penanggungjawab komputerisasi jadwal sekolah, melengkapi pengalaman Bill Gates.

Musim gugur 1973, Bill Gates berangkat menuju Harvard University dan terdaftar sebagai siswa fakultas hukum. Bill mampu mengikuti kuliah dengan baik, namun sama seperti ketika di SMA, perhatiannya segera beralih ke komputer. Selama di Harvard, hubungannya dengan Allen tetap dekat. Bill dikenal sebagai seorang jenius di Harvard. Bahkan salah seorang guru Bill mengatakan bahwa Bill adalah programer yang luar biasa jenius, namun juga seorang manusia yang menyebalkan.

Desember 1974, saat hendak mengunjungi Bill Gates, Paul Allen membaca artikel majalah Popular Electronics dengan judul "World`s First Microcomputer Kit to Rival Commercial Models". Artikel ini memuat tentang komputer mikro pertama Altair 9090. Allen kemudian berdiskusi dengan Bill Gates. Mereka menyadari bahwa era "komputer rumah" akan segera hadir dan meledak, membuat keberadaan software untuk komputer - komputer tersebut sangat dibutuhkan. Dan ini merupakan kesempatan besar bagi mereka.

Kemudian dalam beberapa hari, Gates menghubungi perusahaan pembuat Altair, MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems). Dia mengatakan bahwa dia dan Allen telah membuat BASIC yang dapat digunakan pada Altair. Tentu saja ini adalah bohong. Bahkan mereka sama sekali belum menulis satu baris kode pun. MITS, yang tidak mengetahui hal ini, sangat tertarik pada BASIC. Dalam waktu 8 minggu BASIC telah siap. Allen menuju MITS untuk mempresentasikan BASIC. Dan walaupun, ini adalah kali pertama bagi Allen dalam mengoperasikan Altair, ternyata BASIC dapat bekerja dengan sempurna. Setahun kemudian Bill Gates meninggalkan Harvard dan mendirikan Microsoft.

Bill Gates Meninggalkan Harvard Demi Mengejar Impian

Ketika ia bosan dengan Harvard, Gates melamar pekerjaan-pekerjaan yang berhubungan dengan komputer di daerah Boston. Gates mendorong Paul Allen untuk mencoba melamar sebagai pembuat program di Honey-well agar keduanya dapat melanjutkan impian mereka untuk mendirikan sebuah perusahaan perangkat lunak.

Pada suatu hari di bulan Desember yang beku, Paul Allen melihat sampul depan majalah Popular Mechanics, terbitan Januari 1975, yaitu gambar komputer mikro rakitan baru yang revolusioner MITS Altair 8080 (komputer kecil ini menjadi cikal bakal PC di kemudian hari). Kemudian Allen menemui Gates dan membujuknya bahwa mereka harus mengembangkan sebuah bahasa untuk mesin kecil sederhana itu. Allen terus-menerus mengatakan, Yuk kita dirikan sebuah perusahaan. Yuk kita lakukan. Saat itulah mereka menemukan jalan hidup mereka.

Kedua sahabat itu bergegas ke sebuah komputer Harvard untuk menulis sebuah adaptasi dari program bahasa BASIC. Gates dan Allen percaya bahwa komputer kecil itu dapat melakukan keajaiban. Dari sana pula mereka mempunyai mimpi, tersedianya sebuah komputer di setiap meja tulis dan di setiap rumah tangga. Semangat Allen dan Gates tidak percuma, dan dari sana mereka mendirikan perusahaan Microsoft. Berawal dari komputer kecil itulah yang menjadi model dari segala macam komputasi. Dan sekarang bisa Anda lihat bahwa Microsoft telah benar-benar menjadi bagian dari kebutuhan komputasi di seluruh dunia. Dan hampir setiap orang mengenal Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia saat ini.

"Orang yang sukses adalah orang yang memiliki mimpi dan keyakinan bahwa mimpi itu akan dapat terjadi berapapun harga yang harus ia bayar".

Business Card Design

Business card merupakan first impression orang terhadap kita. Oleh itu, rekabentuk kad tersebut perlulah menarik. Maklumat penting seperti nombor untuk dihubungi perlulah diletak pada kedudukan yang mudah dilihat dan dibaca.
COMPANY LOGO
HALIZA BINTI ADBUL TALIB
Chief Executive Officer
MOHD HIZAMI BIN HAMBALI
Chief Marketing Officer
AHMAD ZUBAIR BIN JOHARI
Chief Technology Officer
Kandungan Business Card

1. Perkhidmatan yang ditawarkan
ini adalah elemen paling penting untuk ditonjolkan di dalam kad bisnes anda. Sebagai contoh, anda boleh berikan font yang besar dengan warna yang menarik untuk menonjolkan ‘Rekaan Logo’ atau ‘Penulis Freelance’ iaitu produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan melalui perniagaan internet anda. Sudah tentu anda tidak mahu prospek anda tertanya-tanya mengenai perniagaan anda akibat daripada kad bisnes anda yang samar-samar memperkenalkan perniagaan anda, bukan?


2. Maklumat untuk dihubungi
perkara kedua yang amat penting untuk dimuatkan ke dalam kad bisnes anda adalah maklumat diri anda untuk dihubungi oleh prospek. Paling minimum adalah nama anda, nombor telefon, alamat emel dan URL laman web yang boleh dicapai oleh prospek pelanggan anda. Sekiranya anda tidak suka mencampurkan urusan perniagaan di talian telefon peribadi, anda boleh menggunakan talian khusus untuk perniagaan anda sahaja untuk ditulis di atas kad bisnes anda.


3. Grafik yang bersesuaian
Anda juga disarankan untuk memuatkan grafik yang bersesuaian dengan perniagaan internet anda. Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan mereka logo, maka anda bolehlah menggunakan grafik yang menarik untuk kad bisnes anda. Dan sekiranya anda menyediakan perkhidmatan penulisan, maka anda bolehlah menggunakan grafik pen atau pensel untuk menggambarkan jenis perniagaan yang anda jalankan. Namun anda perlu berhati-hati untuk tidak menggunakan terlalu banyak grafik kerana ia mungkin menenggelamkan maklumat perniagaan dan maklumat untuk dihubungi anda.


4. ‘Call-to-Action’
Akhir sekali, anda bolehlah meletakkan maklumat ‘Call-to-Action’ di dalam kad bisnes anda untuk menimbulkan kesegeraan di pihak prospek untuk melanggan anda. Sebagai contoh: “Lawati laman web kami untuk tawaran terkini” ataupun “Dapatkan sebutharga secara percuma”. Ini akan bertindak sebagai tagline perniagaan anda dan lebih menarik minat prospek anda untuk lantas menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Popular Posts

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys